Bila tengok ramai rakan-rakan kongsi di Facebook perkara yang tak tahu dari mana faktanya rasa terpanggil untuk tulis sikit maksud sebenarnya. Berikut antara pos yang dimaksudkan: Disini boleh nampak betapa lemahnya tahap pemikiran orang yang berkongsi perkara yang tak sahih ni. Berikut ialah maksud sebenar bagi kartun kegemaran kanak-kanak ini: POKEMON ialah berasal dari perkataan Pocket Monsters ( ポケ ット モン スター Poke tto Mon sutā ). Ianya hasil gabungan suku kata dari perkataan tersebut. PIKACHU pula adalah gabungan perkataan Pika (bunyi percikan elektrik) dan Chu (bunyi tikus) dalam Bahasa Jepun. Terdapat juga maksud lain dari sejenis haiwan iaitu Ili Pika (sejenis arnab China). CHARMANDER adalah gabungan perkataan ' Char ' dan ' Salamander '. Char bermaksud terbakar manakala Salamander ialah sejenis spesis cicak liar. Maklumat tambahan: Perkataan Gwiyomi . Ia berasal dari bahasa Korea yang bermaksud Si Comel ( 귀요미 송 ). Perkataan Ale Uto . Pe...
Nota Teknologi dan Seumpama