Penggunaan Arahan Screen Dalam Linux

Penggunaan arahan Screen sangat berguna bagi pentadbir rangkaian yang mahukan tugasan dilakukan secara serentak dalam satu masa.

Untuk menambah konsol screen gunakan arahan berikut:
screen -S <nama screen>
Contoh pengunaan:
screen -S contohSkrin1

Untuk keluar dari screen yang telah dibuat gunakan kekunci berikut (jangan taip exit):
CTRL+A+D

Untuk melihat senarai screen yang telah dibuat gunakan arahan berikut:
screen -ls



Untuk menyambung semula sesi screen yang sebelumnya diikut nama screen gunakan arahan berikut:
screen -r <nama screen>

Contoh penggunan:
screen -r PantauLog

Perlu diingatkan arahan screen ini akan hilang jika anda reboot sistem operasi.

0 comments:

Post a Comment

My Instagram