Penggunaan arahan Screen sangat berguna bagi pentadbir rangkaian yang mahukan tugasan dilakukan secara serentak dalam satu masa. Untuk menambah konsol screen gunakan arahan berikut: screen -S <nama screen> Contoh pengunaan: screen -S contohSkrin1 Untuk keluar dari screen yang telah dibuat gunakan kekunci berikut (jangan taip exit ): CTRL+A+D Untuk melihat senarai screen yang telah dibuat gunakan arahan berikut: screen -ls Untuk menyambung semula sesi screen yang sebelumnya diikut nama screen gunakan arahan berikut: screen -r <nama screen> Contoh penggunan: screen -r PantauLog Perlu diingatkan arahan screen ini akan hilang jika anda reboot sistem operasi.
Nota Teknologi dan Seumpama