Volatility Memory Forensics Framework ialah pakej utiliti yang digunakan untuk menganalisa hasil memory dump (dalam bentuk fail). Ini termasuk menganalisa fail proses, Windows Registry, sistem dan fail-fail pengguna. Ia amat berguna bagi seorang juruanalisa komputer untuk mendapat maklumat terperinci samada untuk tujuan mencari malware atau mendapatkan bukti-bukti tertentu (dalam perspektif forensik). Volatility ini boleh didapati dalam dua versi iaitu dalam bentuk skrip Python atau program Exe. Berikut antara arahan yang boleh digunakan: Untuk Melihat Maklumat Image volatility.exe imageinfo -f C:\memdump.mem Untuk Menyenaraikan Maklumat Proses Sistem volatility.exe --profile=Win8SP1x64 pslist -f C:\memdump.mem Untuk Mengetahui Dengan Tetap Profile Volatility Yang Sesuai volatility.exe kdbgscan -f C:\memdump.mem Untuk Mengetahui Struktur Kernel Processor Control Region (KPCR) volatility.exe kpcrscan -f C:\memdump.mem Untuk Analisa Malware dan Mengesan Rootkit vola...
Nota Teknologi dan Seumpama