Mungkin ada yang masih tertanya-tanya berapa banyak had drive letter pada sistem operasi Windows. Pada umumnya sistem operasi Windows terhad pada 26 huruf sahaja untuk mewujudkan pemacu pada satu-satu masa. Namun secara teknikalnya, ia tiada had jika pemacu tersebut di 'mount' pada folder yang kosong. Atau lebih tepat lagi menggunakan Volume Mount Point . Berikut ialah contoh gambar maksimum 26 drive letter pada Windows 10: Persoalannya, drive letter apakah yang akan muncul selepas huruf Z? Dalam sedikit ujian ringkas ini, jika dilihat pada konsol Computer Management , pilihan drive letter tidak lagi dapat dipilih selepas berakhirnya pilihan huruf Z . Anda perlu menentukan folder tertentu dengan syarat folder tersebut masih kosong (tiada fail atau folder lain didalamnya). Contoh gambar dibawah: Jadi selepas tentukan folder kosong untuk dijadikan drive seterusnya ia akan kelihatan seperti gambar dibawah: Jadi drive baru tersebut hanya boleh diketahui ole...
Nota Teknologi dan Seumpama