Showing posts with label Fakta. Show all posts
Showing posts with label Fakta. Show all posts

11 September 2018

Memahami Penyulitan Data Bersimetri dan Tidak Bersimetri (Symmetric, Asymmetric Encryption)

Teknologi penyulitan (encryption) ini telah banyak digunakan dipelbagai peringkat bermula dari perisian emel, perisian sembang dalam talian, komunikasi ketenteraan sehinggalah kepada perisian hasad (malware). Tujuannya untuk menghalang pihak ketiga dari membaca maklumat yang dihantar atas talian.

Terdapat dua jenis teknik untuk penyulitan data yang biasa digunakan hari ini, iaitu:
  1. Penyulitan bersimetri (Symmetric encryption) - penyulitan dengan kekunci rahsia
  2. Penyulitan tidak bersimetri (Asymmetric encryption) - penyulitan dengan Public Key

Penyulitan Bersimetri


Penyulitan bersimetri adalah teknik yang telah banyak digunakan secara umumnya. Ianya menggunakan kekunci rahsia yang sama ketika melakukan penyulitan dan penyahsulitan data. Kekunci rahsia ini boleh juga digunakan dalam bentuk huruf, nombor, perkataan mahupun ayat. Ianya kemudian digunakan untuk mengubah kandungan pada mesej teks supaya ia tidak boleh dibaca oleh pihak lain. Mesej yang tidak boleh dibaca tersebut dipanggil cipher text.

Ada sesetengahnya menggunakan teknik semudah mengalihkan huruf beberapa kali berdasarkan kekunci rahsia diberi. Selagi kedua-dua belah pihak penghantar dan penerima mengetahui kekunci rahsia tersebut, mereka boleh melakukan penyulitan dan penyahsulitan mesej.

Penyulitan Tidak Bersimetri

Penyulitan data menggunakan Penyulitan Tidak Bersimetri adalah langkah terbaik untuk mengelakkan kekunci rahsia jatuh ke tangan pihak ketiga ketika menggunakan Penyulitan bersimetri. Kaedah ini menggunakan sepasang kunci. Satu (public key), digunakan untuk penyulitan data. Manakala satu lagi (private key) digunakan untuk penyahsulitan data.

Public key boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang mahu menyulitkan data mereka dan dihantar kepada anda. Namun Private key perlulah disimpan secara rahsia untuk tujuan penyahsulitan kemudiannya.

Sebarang data samada dalam bentuk teks, binari atau dokumen yang telah disulitkan menggunakan public key hanya boleh dinyahsulit menggunakan algoritma dan private key yang sama sahaja. Begitu juga sebaliknya, jika sebarang mesej disulitkan menggunakan private key, maka untuk dinyahsulit mestilah menggunakan public key dari pasangan kekunci yang sama.


Proses penyulitan dengan kaedah tidak simetri ini adalah agak perlahan dan memerlukan kuasa pemproses yang lebih banyak ketika melakukan penyulitan dan penyahsulitan data.

Sekian saja ringkasan mengenai penyulitan data.
Terima kasih.

15 June 2015

Maksud Sebenar Watak Animasi Jepun Terkenal (Pokemon, Pikachu, Charmander)

Bila tengok ramai rakan-rakan kongsi di Facebook perkara yang tak tahu dari mana faktanya rasa terpanggil untuk tulis sikit maksud sebenarnya. Berikut antara pos yang dimaksudkan:


Disini boleh nampak betapa lemahnya tahap pemikiran orang yang berkongsi perkara yang tak sahih ni.

Berikut ialah maksud sebenar bagi kartun kegemaran kanak-kanak ini:

POKEMON ialah berasal dari perkataan Pocket Monsters (ポケットモンスター Poketto Monsutā). Ianya hasil gabungan suku kata dari perkataan tersebut.

PIKACHU pula adalah gabungan perkataan Pika (bunyi percikan elektrik) dan Chu (bunyi tikus) dalam Bahasa Jepun. Terdapat juga maksud lain dari sejenis haiwan iaitu Ili Pika (sejenis arnab China).

CHARMANDER adalah gabungan perkataan 'Char' dan 'Salamander'. Char bermaksud terbakar manakala Salamander ialah sejenis spesis cicak liar.

Maklumat tambahan:

Perkataan Gwiyomi. Ia berasal dari bahasa Korea yang bermaksud Si Comel (귀요미 송).

Perkataan Ale Uto. Perkataan ini adalah berasal dari perkataan Bahasa Melayu. Ayat asal dari perkataan Kepala Butuh yang disebut seolah-olah dalam keadaan pelat bercakap. Jadi sila berhati-hati dalam bercakap kerana ia perkataan yang tak elok.

P/s: Kalau ya pun nak boikot produk-produk tertentu janganlah sampai memfitnah. Hanya golongan extremist yang berfikiran macam ni. Btw, penulis bukanlah penggemar kartun ini sekadar informasi.

Rujukan:
1. https://en.wikipedia.org/wiki/Pok%C3%A9mon
2. https://en.wikipedia.org/wiki/Pikachu
3. https://en.wikipedia.org/wiki/Salamander
4. https://ms.wikipedia.org/wiki/Gwiyomi

Popular Posts

 
Copyright © 2018 Kamil Alta