Meletakkan Warna Pada Apache Log Akses menggunakan 'Tail'

Sesetengah sistem pentadbir mungkin lebih menggemari memantau access.log apache mereka menggunakan command line. Tetapi dengan sekadar command line hitam putih sahaja mungkin tidak mencukupi. Dengan menggunakan skrip bash berikut sedikit sebanyak dapat membezakan request yang diterima oleh apache:

kamil$ tail -f /var/log/apache2/access.log \ | ack --flush --passthru --color --color-match=green "^.* 200 .*" \ | ack --flush --passthru --color --color-match=yellow "^.* 302 .*" \ | ack --flush --passthru --color --color-match=red "^.* 404 .*"P

Salin kod diatas dan simpan sebagai contoh colortail.sh dan tukar attribut untuk membolehkan fail execute.


Contoh gambar diatas menunjukan warna hijau bagi request code 200. Sekiranya ada request code berlainan nombor, anda boleh tentukan warna berdasarkan skrip tersebut.

0 comments:

Post a Comment

My Instagram