Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2017

Menukar Start Menu pada Windows 10 kepada versi Klasik

Bagi pengguna Windows 8 sehinggalah ke Windows 10 pasti akan terjumpa masalah-masalah pelik pada fungsi Start Menu yang baru, antaranya: Menggunakan fungsi carian pada Start Menu, tetapi aplikasi yang ditemui tidak dapat dilaksanakan. Masalah dengan aplikasi Cortana menyebabkan carian tidak dapat dilakukan. Butang Start Menu tidak dapat di klik langsung. Dan pelbagai masalah lagi. Untuk selesaikan masalah ini tanpa perlu mengubah konfigurasi pada Windows. Gunakan perisian 3rd party iaitu ClassicShell. Layari laman web berikut: www.classicshell.net Download dan pasang perisian ClassicShell. Pastikan pilihan " Classic Start Menu " sahaja yang dipilih (Rujuk gambarajah dibawah). Selesai dan terus boleh diguna. Terima kasih.

Mematikan fungsi TouchScreen pada Laptop

Tak semua orang perlukan laptop yang mempunyai ciri-ciri skrin sentuhan. Bagi orang-orang yang kerap melakukan kerja-kerja teknikal kekerapan jari menyentuh skrin mengganggu sedikit sebanyak. Jadi untuk mematikan fungsi tersebut boleh ikuti langkah ringkas berikut: Untuk pengguna Windows: 1. Buka Start Menu dan cari perkataan " Device Manager " dan buka. 2. Cari " Human Interface Devices " 3. Klik kanan pada " HID-complaint touch screen " 4. dan pilih " Disable device " Untuk pengguna Linux: https://askubuntu.com/questions/885160/cant-permanently-disable-touchpad

Penggunaan Asas git Dalam Pengaturcaan

Pertama kali untuk mengisytiharkan folder pada Git: git init Pertama kali untuk memasukkan email dan nama: git config --global user.name "John Smooth" git config --global user.email "youremail@here" Mulakan memasukkan kod untuk pertama kali: git clone https://<USERNAME>@bitbucket.org/<USERNAME>/ujian.git cd ujian echo "# My project's README" >> README.md git add README.md git commit -m "Initial commit" git push -u origin master Memasukkan kod yang sedia ada ke Git untuk pertama kali: git remote add origin https://<USERNAME>bitbucket.org/ <USERNAME>/ ujian.git  git push -u origin master Menggunakan pull untuk mendapatkan kod terkini: git pull (pada current directory) Mengecualikan fail-fail dan folder tertentu: 1. Buat satu fail bernama .gitignore 2. Masukkan nama fail, folder atau pattern. L...

Input Director: Membaikpulih Masalah Tiada Cursor Pada Skrin Kedua

Bagi yang banyak menggunakan skrin monitor untuk kerja-kerja harian penggunaan Input Director adalah sangat sesuai untuk melangkaui mouse cursor antara PC ke PC lain. Namun tak semua perisian sebegini dihasilkan dengan baik. Antara masalah yang kerap dialami ialah hilangnya mouse cursor pada PC Slave atau PC yang kedua dan seterusnya. Untuk menyelesaikan masalah ini sila ikut langkah dibawah. Kaedah penyelesaian ini sudah diuji pada Windows 8, 8.1 dan 10. 1. Buka Start Menu,  taip dan klik pada Ease of Access mouse settings . 2. Tandakan pilihan Use numeric keypad to move mouse around the screen . 3. Sepatutnya mouse cursor akan muncul serta merta.