Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2013

Ubuntu: Memeriksa Kelajuan Cakera Keras (Hard disk)

Untuk memeriksa kelajuan pusingan hard disk di Ubuntu, anda hanya perlu menggunakan arahan berikut: sudo smartctl -i /dev/sda [ imej dari SourceForge ] Jika Ubuntu anda belum lagi memasang perisian ini, lakukan seperti berikut: sudo apt-get install smartmontools Arahan ini hanya sesuai digunakan untuk hard disk jenis cakera sahaja dan bukannya jenis Solid State Drive (SSD). Nota: Perkakasan ini tidak sesuai untuk memeriksa kelajuan read/write pada cakera keras atau SSD. Rujukan: Lokasi muat turun:  http://sourceforge.net/projects/smartmontools/

Masalah Usable RAM pada Windows 7 64-bit

Dalam sesetengah situasi atau secara tidak sengaja RAM komputer anda berkurangan berdasarkan maklumat Windows Properties. Walhal kapasiti fizikal RAM boleh lebih dari itu penggunaannya. Untuk membaiki masalah tersebut ikuti langkah ini: 1. Buka Start Menu dan taip msconfig dan ENTER . 2. Pergi pada tab Boot dan klik butang Advanced options.. . 3. Jangan tandakan Maximum memory . Rujuk gambar dibawah. Tips lain: 1. Kemaskini Windows anda. 2. Kemaskini sistem BIOS (Rujuk laman web pengeluar laptop/PC anda)