Teknologi penyulitan (encryption) ini telah banyak digunakan dipelbagai peringkat bermula dari perisian emel, perisian sembang dalam talian, komunikasi ketenteraan sehinggalah kepada perisian hasad (malware). Tujuannya untuk menghalang pihak ketiga dari membaca maklumat yang dihantar atas talian. Terdapat dua jenis teknik untuk penyulitan data yang biasa digunakan hari ini, iaitu: Penyulitan bersimetri (Symmetric encryption) - penyulitan dengan kekunci rahsia Penyulitan tidak bersimetri (Asymmetric encryption) - penyulitan dengan Public Key Penyulitan Bersimetri Penyulitan bersimetri adalah teknik yang telah banyak digunakan secara umumnya. Ianya menggunakan kekunci rahsia yang sama ketika melakukan penyulitan dan penyahsulitan data. Kekunci rahsia ini boleh juga digunakan dalam bentuk huruf, nombor, perkataan mahupun ayat. Ianya kemudian digunakan untuk mengubah kandungan pada mesej teks supaya ia tidak boleh dibaca oleh pihak lain. Mesej yang tidak boleh dibaca tersebut d...
Nota Teknologi dan Seumpama