Skip to main content

Posts

Membuat bootable USB dari fail DMG menggunakan Windows

Pertama sekali bahan-bahan yang diperlukan: 1. Sistem operasi Macintosh Mac OS X (contoh Mavericks) 2. Pendrive sebesar 32 GB atau keatas (sebab fail-fail pemasangan Mac OS ini sangat besar saiznya). 3. Perisian TransMac (percuma 15 hari) 4. Windows anda. Cara-caranya: 1. Saya menganggap anda menggunakan PC atau laptop yang menggunakan sistem operasi Windows. 2. Muat turun dan pasangkan perisian TransMac . Klik sini untuk muat turun . 3. Pastikan anda telah memasang pendrive USB pada port. 4. Laksanakan perisian TransMac dalam mod  Administrator . 5. Klik kanan pada senarai pilihan pendrive dan pilih 'Restore with Disk Image'. Pilih lokasi fail .dmg anda. Lihat gambar dibawah: 6. Contoh yang saya gunakan ialah fail 'OS X Mavericks Install DVD.dmg' seperti gambar dibawah: 7. Tunggu sehingga proses Format dan salinan fail selesai (program ini akan format USB Pendrive anda kepada sistem fail Mac). 8. Setelah selesai anda boleh menggunakan US...

Penggunaan arahan attrib pada Windows CLI

Arahan ringkas ni banyak khasiatnya tambah-tambah kalau digunakan untuk membaikpulih. Berikut ialah contoh-contoh pengunaan asas bagi arahan attrib ini: attrib -s -h -r osman.exe Tujuan arahan diatas adalah untuk membuang attribut system(S), hidden(H) dan read-only(R) pada fail bernama osman.exe. attrib -s -h -r /S C:\longkang\*.* Arahan diatas digunakan untuk membuang attribut S, H dan R pada folder bernama longkang dan kesemua fail-fail dan subfolder didalamnya. Arahan ini sesuai sekiranya USB drive anda disyaki telah dijangkiti virus, maka arahan ini sesuai untuk timbulkan semula fail-fail virus yang berattribut tersembunyi. attrib +s +h +r osman.exe Arahan diatas ini pula digunakan untuk menetapkan attribut system, hidden dan read-only pada fail osman.exe. Tidak semestinya perlu tetapkan ketiga-tiga attirbut tersebut. Anda juga boleh gunakan salah satu daripadanya.

Ubuntu: Memeriksa Kelajuan Cakera Keras (Hard disk)

Untuk memeriksa kelajuan pusingan hard disk di Ubuntu, anda hanya perlu menggunakan arahan berikut: sudo smartctl -i /dev/sda [ imej dari SourceForge ] Jika Ubuntu anda belum lagi memasang perisian ini, lakukan seperti berikut: sudo apt-get install smartmontools Arahan ini hanya sesuai digunakan untuk hard disk jenis cakera sahaja dan bukannya jenis Solid State Drive (SSD). Nota: Perkakasan ini tidak sesuai untuk memeriksa kelajuan read/write pada cakera keras atau SSD. Rujukan: Lokasi muat turun:  http://sourceforge.net/projects/smartmontools/

Masalah Usable RAM pada Windows 7 64-bit

Dalam sesetengah situasi atau secara tidak sengaja RAM komputer anda berkurangan berdasarkan maklumat Windows Properties. Walhal kapasiti fizikal RAM boleh lebih dari itu penggunaannya. Untuk membaiki masalah tersebut ikuti langkah ini: 1. Buka Start Menu dan taip msconfig dan ENTER . 2. Pergi pada tab Boot dan klik butang Advanced options.. . 3. Jangan tandakan Maximum memory . Rujuk gambar dibawah. Tips lain: 1. Kemaskini Windows anda. 2. Kemaskini sistem BIOS (Rujuk laman web pengeluar laptop/PC anda)

VB.Net Penyelesaian Masalah Transparent Label

Visual Basic .Net ini terdapat masalah kecil yang timbul ketika meletakkan Label pada Form. Ianya kelihatan remeh tetapi memerlukan sedikit 'trick' untuk menyelesaikannya. Masalah tersebut ialah ketika menetapkan fungsi Transparent background pada Label. Gambarajah diatas menunjukkan BackColor telah ditetapkan sebagai Transparent. Tetapi warna Transparent tidak terjadi pada Label di Form. Ia hanya berlatarbelakang warna putih sahaja. Untuk penyelesaian masalah ini gunakan kod seperti dibawah: Private Sub Form1_Load(sender As Object, e As EventArgs) Handles MyBase.Load '/* for transparent label - bugs from VS */ Dim xNew, yNew As Single Label1.Parent = picBar1 Label1 .BackColor = Color.Transparent xNew = Label1 .Location.X - picBar1.Location.X yNew = Label1 .Location.Y - picBar1.Location.Y Label1 .Location = New System.Drawing.Point(xNew, yNew) '/* end of transparent label */ End Sub Apa yang berlaku ialah dimana Label terseb...

.Net Ujian Pelbagai Teras CPU

Baru saja install Visual Studio 2012. Sebelum ni guna VS2008 boleh dikatakan jauh berbeza teknologi programming .Net nya. Bermula dari VS2010 dan keatas programming untuk multi-core CPU sudah boleh dibangunkan. Asas programming multi-core ni tidak lah payah yang disangkakan dengan bahasa programming & framework yang moden semua benda boleh buat. Contoh kod yang digunakan: Sub Main() Dim task1 As Task Dim task2 As Task Dim task3 As Task task1 = Task.Factory.StartNew(AddressOf testing1) task2 = Task.Factory.StartNew(AddressOf testing2) task3 = Task.Factory.StartNew(AddressOf testing3) Task.WaitAll(task1, task2, task3) End Sub Sub testing1() Do a = a + 1 Loop End Sub ... Dalam ujian ini Intel i7 Quad Core with HT digunakan. Berikut ialah hasil ujian menggunakan Task class: Graf dari Task Manager menunjukkan kerja-kerja dari 3 function telah disebar ke CPU yang lainnya. Per...

Jadikan AP pada Windows 7 anda

Terdapat banyak software 3rd party dalam internet. Tapi dalam sesetengah situasi software tersebut menyebabkan PC boleh jadi agak heavy. Untuk alternatif kita boleh gunakan teknik ini: 1. Buka Command Prompt dengan Administrator. 2. Taip arahan berikut: netsh wlan set hostednetwork mode=allow ssid=NamaSSIDAnda key=P4s5w0rdAkuLa 3. Setelah konfigurasi telah ditetapkan, boleh start guna servis ni dengan taip arahan berikut: netsh wlan start hostednetwork 4. Jika anda mahu hentikan fungsi AP pada laptop anda taip arahan berikut: netsh wlan stop hostednetwork 5. Untuk melihat senarai peralatan yang bersambung dengan AP anda gunakan arahan ini: netsh wlan show hostednetwork 6. Untuk menukar kata laluan AP anda gunakan arahan ini: netsh wlan refresh hostednetwork katalaluan_baru_anda Jadi semua rakan-rakan anda boleh connect AP yang telah anda setup. Tapi perlu diingatkan beberapa syarat penggunaan teknik ni: a. PC/Laptop yang hendak dijadikan AP perlu connect meng...