Membuat bootable USB dari fail DMG menggunakan Windows

Pertama sekali bahan-bahan yang diperlukan:

1. Sistem operasi Macintosh Mac OS X (contoh Mavericks)
2. Pendrive sebesar 32 GB atau keatas (sebab fail-fail pemasangan Mac OS ini sangat besar saiznya).
3. Perisian TransMac (percuma 15 hari)
4. Windows anda.

Cara-caranya:

1. Saya menganggap anda menggunakan PC atau laptop yang menggunakan sistem operasi Windows.
2. Muat turun dan pasangkan perisian TransMac. Klik sini untuk muat turun.
3. Pastikan anda telah memasang pendrive USB pada port.
4. Laksanakan perisian TransMac dalam mod Administrator.
5. Klik kanan pada senarai pilihan pendrive dan pilih 'Restore with Disk Image'. Pilih lokasi fail .dmg anda. Lihat gambar dibawah:


6. Contoh yang saya gunakan ialah fail 'OS X Mavericks Install DVD.dmg' seperti gambar dibawah:


7. Tunggu sehingga proses Format dan salinan fail selesai (program ini akan format USB Pendrive anda kepada sistem fail Mac).

8. Setelah selesai anda boleh menggunakan USB tersebut untuk boot pada MacBook atau sebarang PC Mac yang mempunyai port USB.

0 comments:

Post a Comment

My Instagram