Jadikan AP pada Windows 7 anda

Terdapat banyak software 3rd party dalam internet. Tapi dalam sesetengah situasi software tersebut menyebabkan PC boleh jadi agak heavy. Untuk alternatif kita boleh gunakan teknik ini:

1. Buka Command Prompt dengan Administrator.
2. Taip arahan berikut:

netsh wlan set hostednetwork mode=allow ssid=NamaSSIDAnda key=P4s5w0rdAkuLa


3. Setelah konfigurasi telah ditetapkan, boleh start guna servis ni dengan taip arahan berikut:
netsh wlan start hostednetwork

4. Jika anda mahu hentikan fungsi AP pada laptop anda taip arahan berikut:
netsh wlan stop hostednetwork

5. Untuk melihat senarai peralatan yang bersambung dengan AP anda gunakan arahan ini:
netsh wlan show hostednetwork


6. Untuk menukar kata laluan AP anda gunakan arahan ini:
netsh wlan refresh hostednetwork katalaluan_baru_anda

Jadi semua rakan-rakan anda boleh connect AP yang telah anda setup. Tapi perlu diingatkan beberapa syarat penggunaan teknik ni:

a. PC/Laptop yang hendak dijadikan AP perlu connect menggunakan kabel.
b. By default setting ni tidak kekal, selepas anda restart PC/laptop ia akan hilang. Kena start AP sekali lagi menggunakan arahan yang diberi diatas.
c. Ianya bergantung pada network card anda samada menyokong fungsi 'Hosted Network' atau tidak. Rujuk arahan dibawah untuk periksa:
netsh wlan show drivers


Selamat mencuba. :D

0 comments:

Post a Comment

My Instagram