Penggunaan arahan attrib pada Windows CLI

Arahan ringkas ni banyak khasiatnya tambah-tambah kalau digunakan untuk membaikpulih. Berikut ialah contoh-contoh pengunaan asas bagi arahan attrib ini:



attrib -s -h -r osman.exe
Tujuan arahan diatas adalah untuk membuang attribut system(S), hidden(H) dan read-only(R) pada fail bernama osman.exe.

attrib -s -h -r /S C:\longkang\*.*
Arahan diatas digunakan untuk membuang attribut S, H dan R pada folder bernama longkang dan kesemua fail-fail dan subfolder didalamnya. Arahan ini sesuai sekiranya USB drive anda disyaki telah dijangkiti virus, maka arahan ini sesuai untuk timbulkan semula fail-fail virus yang berattribut tersembunyi.

attrib +s +h +r osman.exe
Arahan diatas ini pula digunakan untuk menetapkan attribut system, hidden dan read-only pada fail osman.exe. Tidak semestinya perlu tetapkan ketiga-tiga attirbut tersebut. Anda juga boleh gunakan salah satu daripadanya.







0 comments:

Post a Comment

My Instagram