Untuk memeriksa kelajuan pusingan hard disk di Ubuntu, anda hanya perlu menggunakan arahan berikut: sudo smartctl -i /dev/sda [ imej dari SourceForge ] Jika Ubuntu anda belum lagi memasang perisian ini, lakukan seperti berikut: sudo apt-get install smartmontools Arahan ini hanya sesuai digunakan untuk hard disk jenis cakera sahaja dan bukannya jenis Solid State Drive (SSD). Nota: Perkakasan ini tidak sesuai untuk memeriksa kelajuan read/write pada cakera keras atau SSD. Rujukan: Lokasi muat turun: http://sourceforge.net/projects/smartmontools/
Nota Teknologi dan Seumpama