Arahan "Sleep" dalam Windows Batch Command


Bagi mereka yang biasa menggunakan Windows Batch command untuk "automated" kan sesuatu proses pastinya terdapat situasi yang memerlukan penggunaan arahan "Sleep". Arahan ini tiada dalam Windows Batch. Jadi terdapat beberapa alternative yang boleh digunakan. Antaranya:

ping

Arahan ini boleh digunakan seperti berikut:

ping <alamat IP> -n <jumlah request> -w <masa milisec> > NUL
Contoh: ping 127.0.0.1 -n 2 -w 1000 > NUL


-n merujuk kepada jumlah echo request yang hendak dibuat. -w menunjukan masa yang perlu ditunggu untuk setiap request. Manakala NUL pula untuk tidak memaparkan output pada console.

timeout

timeout /T <saat>
Contoh: timeout /T 10

Arahan diatas menunjukan penggunaan 'timeout'. /T digunakan untuk menentukan masa yang perlu ditunggu sebelum melaksanakan arahan seterusnya. Contoh /T 10 merujuk kepada 10 saat menunggu.

waitfor

waitfor <mesej> /T <saat>
Contoh: waitfor TungguBas /T 10


sleep (custom function)

:sleep
timeout /T %1
CALL :sleep 1

Hanya perlu menggunakan arahan CALL :sleep <saat> pada scripting untuk memperlahankan proses.


0 comments:

Post a Comment

My Instagram