Untuk mengesan samada Windows PC anda mempunyai kelemahan terhadap eksploit ETERNALBLUE, ikuti kaedah ini untuk mengesannya: Menggunakan PowerShell Pastikan anda menggunakan versi PowerShell terkini. PowerShell versi 2 dan kebawah tidak menyokong teknik ini. Untuk periksa versi PowerShell anda: Get-Host Pastikan ia versi terkini. Versi 3.0 dan keatas adalah digalakkan. Untuk periksa versi SMB anda: Get-SmbServerConfiguration Perhatikan arahan EnableSMB1Protocol . Jika ia ditetapkan sebagai True bermakna Windows anda terdedah kepada kelemahan ETERNALBLUE. Anda perlu ubah tetapan tersebut kepada False . Untuk mengubah tetapan EnableSMB1Protocol: Set-SmbServerConfiguration -EnableSMB1Protocol $false -Force Kaedah lain untuk memeriksa kelemahan terhadap ETERNALBLUE ini boleh menggunakan tool berikut: https://help.eset.com/eset_tools/ESETEternalBlueChecker.exe Rujukan: http://support.eset.com/kb6481/#eternalblue https://gallery.technet.microsoft.com/scriptcent...
Nota Teknologi dan Seumpama