Berapa Banyak Had Drive Letter Pada Windows?

Mungkin ada yang masih tertanya-tanya berapa banyak had drive letter pada sistem operasi Windows. Pada umumnya sistem operasi Windows terhad pada 26 huruf sahaja untuk mewujudkan pemacu pada satu-satu masa. Namun secara teknikalnya, ia tiada had jika pemacu tersebut di 'mount' pada folder yang kosong. Atau lebih tepat lagi menggunakan Volume Mount Point.

Berikut ialah contoh gambar maksimum 26 drive letter pada Windows 10:


Persoalannya, drive letter apakah yang akan muncul selepas huruf Z?

Dalam sedikit ujian ringkas ini, jika dilihat pada konsol Computer Management, pilihan drive letter tidak lagi dapat dipilih selepas berakhirnya pilihan huruf Z. Anda perlu menentukan folder tertentu dengan syarat folder tersebut masih kosong (tiada fail atau folder lain didalamnya). Contoh gambar dibawah:


Jadi selepas tentukan folder kosong untuk dijadikan drive seterusnya ia akan kelihatan seperti gambar dibawah:


Jadi drive baru tersebut hanya boleh diketahui oleh pengguna sahaja. Ia tak akan dipaparkan pada 'This PC' atau 'My Computer'.

Untuk memudahkan akses, boleh menggunakan pilihan 'Pin to Quick access' atau buat 'Shortcut' baru.



P/s: Ada mitos mengatakan drive letter selepas huruf Z ialah AA, AB, AC, dan seterusnya. Ianya tidak benar. Windows hanya membenarkan satu huruf saja untuk setiap drive.

Kesimpulannya, drive letter pada Windows terhad 26 huruf sahaja tetapi tiada had jika menggunakan Volume Mount Point.

Sekian. Terima kasih.

0 comments:

Post a Comment

My Instagram