Bagi pengguna Windows 8 sehinggalah ke Windows 10 pasti akan terjumpa masalah-masalah pelik pada fungsi Start Menu yang baru, antaranya: Menggunakan fungsi carian pada Start Menu, tetapi aplikasi yang ditemui tidak dapat dilaksanakan. Masalah dengan aplikasi Cortana menyebabkan carian tidak dapat dilakukan. Butang Start Menu tidak dapat di klik langsung. Dan pelbagai masalah lagi. Untuk selesaikan masalah ini tanpa perlu mengubah konfigurasi pada Windows. Gunakan perisian 3rd party iaitu ClassicShell. Layari laman web berikut: www.classicshell.net Download dan pasang perisian ClassicShell. Pastikan pilihan " Classic Start Menu " sahaja yang dipilih (Rujuk gambarajah dibawah). Selesai dan terus boleh diguna. Terima kasih.
Nota Teknologi dan Seumpama