Bagi yang kerap menggunakan aplikasi Putty pada Windows, pastinya anda perasan yang arahan Clear atau CTRL+L sebenarnya tidak menghapuskan sepenuhnya arahan-arahan yang pernah ditaip sebelum ini. Jadi untuk penyelesaian tersebut, ikuti arahan berikut pada pelayan yang hendak diubah suai: 1. Buat satu fail bernama cls pada folder berikut: $nano /usr/local/bin/cls 2. Taip arahan berikut dan simpan: #!/bin/bash clear printf '\033[3J' 3. Kemudian tukar "permission" pada fail cls tersebut: chmod a+x /usr/local/bin/cls 4. Sekarang boleh cuba arahan cls tersebut dan lihat samada arahan sebelumnya sudah dipadam atau tidak: $cls
Nota Teknologi dan Seumpama