Ubahsuai Arahan CLEAR Untuk Pengguna PUTTY


Bagi yang kerap menggunakan aplikasi Putty pada Windows, pastinya anda perasan yang arahan Clear atau CTRL+L sebenarnya tidak menghapuskan sepenuhnya arahan-arahan yang pernah ditaip sebelum ini.

Jadi untuk penyelesaian tersebut, ikuti arahan berikut pada pelayan yang hendak diubah suai:

1. Buat satu fail bernama cls pada folder berikut:

$nano /usr/local/bin/cls

2. Taip arahan berikut dan simpan:

#!/bin/bash
clear
printf '\033[3J'

3. Kemudian tukar "permission" pada fail cls tersebut:

chmod a+x /usr/local/bin/cls

4. Sekarang boleh cuba arahan cls tersebut dan lihat samada arahan sebelumnya sudah dipadam atau tidak:
$cls



0 comments:

Post a Comment

My Instagram