Home
All post
Mengira Saiz Folder Dalam Linux
Ubahsuai Arahan CLEAR Untuk Pengguna PUTTY
Bagi yang kerap menggunakan aplikasi Putty pada Windows, pastinya anda perasan yang arahan Clear atau CTRL+L sebenarnya tidak menghapuskan sepenuhnya arahan-arahan yang pernah ditaip sebelum ini.
Jadi untuk penyelesaian tersebut, ikuti arahan berikut pada pelayan yang hendak diubah suai:
1. Buat satu fail bernama cls pada folder berikut:
$nano /usr/local/bin/cls
2. Taip arahan berikut dan simpan:
#!/bin/bash
clear
printf '\033[3J'
3. Kemudian tukar "permission" pada fail cls tersebut:
chmod a+x /usr/local/bin/cls
4. Sekarang boleh cuba arahan cls tersebut dan lihat samada arahan sebelumnya sudah dipadam atau tidak:
$cls
Memasang Pemacu ShadowCopy Sebagai Pautan Untuk Diakses
Dengan menggunkan arahan berikut untuk senaraikan berapa banyak senarai shadowcopy yang ada dalam sistem anda:
vssaadmin list shadows
Pilih lokasi pada Shadow Copy Volume, untuk diletakkan pada parameter mklink nanti.
Untuk membolehkan ia diakses anda boleh memasang pacuan sendiri dengan menggunakan arahan berikut:
mklink /d c:\bayangan \\?\GLOBALROOT\Device\HarddiskVolumeShadowCopy1
Sekarang kita boleh lihat, shortcut link telah dibuat pada drive C:\bayangan\. Dari sini kita boleh akses shadow copy volume disitu dengan permission yang betul.
Memahami Penyulitan Data Bersimetri dan Tidak Bersimetri (Symmetric, Asymmetric Encryption)
Teknologi penyulitan (encryption) ini telah banyak digunakan dipelbagai peringkat bermula dari perisian emel, perisian sembang dalam talian, komunikasi ketenteraan sehinggalah kepada perisian hasad (malware). Tujuannya untuk menghalang pihak ketiga dari membaca maklumat yang dihantar atas talian.
Terdapat dua jenis teknik untuk penyulitan data yang biasa digunakan hari ini, iaitu:
Penyulitan bersimetri adalah teknik yang telah banyak digunakan secara umumnya. Ianya menggunakan kekunci rahsia yang sama ketika melakukan penyulitan dan penyahsulitan data. Kekunci rahsia ini boleh juga digunakan dalam bentuk huruf, nombor, perkataan mahupun ayat. Ianya kemudian digunakan untuk mengubah kandungan pada mesej teks supaya ia tidak boleh dibaca oleh pihak lain. Mesej yang tidak boleh dibaca tersebut dipanggil cipher text.
Ada sesetengahnya menggunakan teknik semudah mengalihkan huruf beberapa kali berdasarkan kekunci rahsia diberi. Selagi kedua-dua belah pihak penghantar dan penerima mengetahui kekunci rahsia tersebut, mereka boleh melakukan penyulitan dan penyahsulitan mesej.
Public key boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang mahu menyulitkan data mereka dan dihantar kepada anda. Namun Private key perlulah disimpan secara rahsia untuk tujuan penyahsulitan kemudiannya.
Sebarang data samada dalam bentuk teks, binari atau dokumen yang telah disulitkan menggunakan public key hanya boleh dinyahsulit menggunakan algoritma dan private key yang sama sahaja. Begitu juga sebaliknya, jika sebarang mesej disulitkan menggunakan private key, maka untuk dinyahsulit mestilah menggunakan public key dari pasangan kekunci yang sama.
Proses penyulitan dengan kaedah tidak simetri ini adalah agak perlahan dan memerlukan kuasa pemproses yang lebih banyak ketika melakukan penyulitan dan penyahsulitan data.
Sekian saja ringkasan mengenai penyulitan data.
Terima kasih.
Terdapat dua jenis teknik untuk penyulitan data yang biasa digunakan hari ini, iaitu:
- Penyulitan bersimetri (Symmetric encryption) - penyulitan dengan kekunci rahsia
- Penyulitan tidak bersimetri (Asymmetric encryption) - penyulitan dengan Public Key
Penyulitan Bersimetri
Penyulitan bersimetri adalah teknik yang telah banyak digunakan secara umumnya. Ianya menggunakan kekunci rahsia yang sama ketika melakukan penyulitan dan penyahsulitan data. Kekunci rahsia ini boleh juga digunakan dalam bentuk huruf, nombor, perkataan mahupun ayat. Ianya kemudian digunakan untuk mengubah kandungan pada mesej teks supaya ia tidak boleh dibaca oleh pihak lain. Mesej yang tidak boleh dibaca tersebut dipanggil cipher text.
Ada sesetengahnya menggunakan teknik semudah mengalihkan huruf beberapa kali berdasarkan kekunci rahsia diberi. Selagi kedua-dua belah pihak penghantar dan penerima mengetahui kekunci rahsia tersebut, mereka boleh melakukan penyulitan dan penyahsulitan mesej.
Penyulitan Tidak Bersimetri
Penyulitan data menggunakan Penyulitan Tidak Bersimetri adalah langkah terbaik untuk mengelakkan kekunci rahsia jatuh ke tangan pihak ketiga ketika menggunakan Penyulitan bersimetri. Kaedah ini menggunakan sepasang kunci. Satu (public key), digunakan untuk penyulitan data. Manakala satu lagi (private key) digunakan untuk penyahsulitan data.Public key boleh diberikan kepada sesiapa sahaja yang mahu menyulitkan data mereka dan dihantar kepada anda. Namun Private key perlulah disimpan secara rahsia untuk tujuan penyahsulitan kemudiannya.
Sebarang data samada dalam bentuk teks, binari atau dokumen yang telah disulitkan menggunakan public key hanya boleh dinyahsulit menggunakan algoritma dan private key yang sama sahaja. Begitu juga sebaliknya, jika sebarang mesej disulitkan menggunakan private key, maka untuk dinyahsulit mestilah menggunakan public key dari pasangan kekunci yang sama.
Proses penyulitan dengan kaedah tidak simetri ini adalah agak perlahan dan memerlukan kuasa pemproses yang lebih banyak ketika melakukan penyulitan dan penyahsulitan data.
Sekian saja ringkasan mengenai penyulitan data.
Terima kasih.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)