Hanya perlu tambah kod berikut untuk memastikan audio dimainkan setiap kali website/page tersebut dilawati:
<audio src="http://www.milliondollarsounds.com/resources/Furniture.mp3" autoplay="autoplay" style="display:none"></audio>
atau dalam bentuk lain:
<audio controls>
<source src="horse.ogg" type="audio/ogg">
<source src="horse.mp3" type="audio/mpeg">
Your browser does not support the audio tag.
</audio>
Untuk kawal volume menggunakan attribut sedia ada:
<audio controls volume="0.7">
<source src="http://www.milliondollarsounds.com/resources/Furniture.mp3">
You will see this text if native audio playback is not supported.
</audio>
Untuk kawal volume dengan Javascript:
<audio autoplay id="audiogua">
<source src="http://www.milliondollarsounds.com/resources/Furniture.mp3">
</audio>
<script>
var audio = document.getElementById("audiogua");
audio.volume = 0.7;
</script>
Anggap anda telah pun mempunyai konfigurasi asas berikut:
1. Ubuntu 16.04 LTS
2. Apache2
Langkah berikut adalah secara arahan sahaja:
1. sudo mkdir -p /var/www/apaapa.com/public_html
2. sudo touch /var/www/apapa.com/public_html/index.html
3. sudo chmod -Rv 755 /var/www/apaapa.com/
4. sudo cp /etc/apache2/sites-available/000-default.conf /etc/apache2/site-available/apaapa.com.conf
5. sudo nano /etc/apache2/site-available/apaapa.com.conf
<VirtualHost *:80>
ServerName apaapa.com
ServerAlias www.apaapa.com
ServerAdmin webmaster@localhost
DocumentRoot /var/www/apapa.com/public_html
ErrorLog ${APACHE_LOG_DIR}/error.log
CustomLog ${APACHE_LOG_DIR}/access.log combined
</VirtualHost>
6. sudo a2ensite apapa.com.conf
7. sudo service apache2 restart
8. sudo nano /etc/apache2/apache2.conf
<Directory /var/www/apaapa.com/public_html>
Options Indexes FollowSymLinks
AllowOverride All
Require all granted
</Directory>
9.
sudo service apache2 restart
Selesai semua konfigurasi.
Jika lengkap menggunakan semua arahan yang disenaraikan sepatutnya Virtual Host anda berfungsi dengan baik. Kaedah ini tidak termasuk langkah konfigurasi NameServer.
Bagi pengguna Windows 8 sehinggalah ke Windows 10 pasti akan terjumpa masalah-masalah pelik pada fungsi Start Menu yang baru, antaranya:
- Menggunakan fungsi carian pada Start Menu, tetapi aplikasi yang ditemui tidak dapat dilaksanakan.
- Masalah dengan aplikasi Cortana menyebabkan carian tidak dapat dilakukan.
- Butang Start Menu tidak dapat di klik langsung.
- Dan pelbagai masalah lagi.
Untuk selesaikan masalah ini tanpa perlu mengubah konfigurasi pada Windows. Gunakan perisian 3rd party iaitu ClassicShell.
- Layari laman web berikut: www.classicshell.net
- Download dan pasang perisian ClassicShell. Pastikan pilihan "Classic Start Menu" sahaja yang dipilih (Rujuk gambarajah dibawah).
- Selesai dan terus boleh diguna.
Terima kasih.
Tak semua orang perlukan laptop yang mempunyai ciri-ciri skrin sentuhan. Bagi orang-orang yang kerap melakukan kerja-kerja teknikal kekerapan jari menyentuh skrin mengganggu sedikit sebanyak. Jadi untuk mematikan fungsi tersebut boleh ikuti langkah ringkas berikut:
Untuk pengguna Windows:
1. Buka
Start Menu dan cari perkataan "
Device Manager" dan buka.
2. Cari "
Human Interface Devices"
3. Klik kanan pada "
HID-complaint touch screen"
4. dan pilih "
Disable device"
Untuk pengguna Linux:
https://askubuntu.com/questions/885160/cant-permanently-disable-touchpad
Pertama kali untuk mengisytiharkan folder pada Git:
git init
Pertama kali untuk memasukkan email dan nama:
git config --global user.name "John Smooth"
git config --global user.email "youremail@here"
Mulakan memasukkan kod untuk pertama kali:
git clone https://<USERNAME>@bitbucket.org/<USERNAME>/ujian.git
cd ujian
echo "# My project's README" >> README.md
git add README.md
git commit -m "Initial commit"
git push -u origin master
Memasukkan kod yang sedia ada ke Git untuk pertama kali:
git remote add origin https://<USERNAME>bitbucket.org/<USERNAME>/ujian.git
git push -u origin master
Menggunakan pull untuk mendapatkan kod terkini:
git pull (pada current directory)
Mengecualikan fail-fail dan folder tertentu:
1. Buat satu fail bernama
.gitignore
2. Masukkan nama fail, folder atau pattern. Letakkan nama-nama tersebut disetiap barisan.
3. Simpan.
Bagi yang banyak menggunakan skrin monitor untuk kerja-kerja harian penggunaan Input Director adalah sangat sesuai untuk melangkaui mouse cursor antara PC ke PC lain. Namun tak semua perisian sebegini dihasilkan dengan baik. Antara masalah yang kerap dialami ialah hilangnya mouse cursor pada PC Slave atau PC yang kedua dan seterusnya. Untuk menyelesaikan masalah ini sila ikut langkah dibawah.
Kaedah penyelesaian ini sudah diuji pada Windows 8, 8.1 dan 10.
1. Buka
Start Menu, taip dan klik pada
Ease of Access mouse settings.
2. Tandakan pilihan
Use numeric keypad to move mouse around the screen.
3. Sepatutnya mouse cursor akan muncul serta merta.
Untuk mengesan samada Windows PC anda mempunyai kelemahan terhadap eksploit ETERNALBLUE, ikuti kaedah ini untuk mengesannya:
Menggunakan PowerShell
Pastikan anda menggunakan versi PowerShell terkini. PowerShell versi 2 dan kebawah tidak menyokong teknik ini.
Untuk periksa versi PowerShell anda:
Get-Host
Pastikan ia versi terkini. Versi 3.0 dan keatas adalah digalakkan.
Untuk periksa versi SMB anda:
Get-SmbServerConfiguration
Perhatikan arahan
EnableSMB1Protocol. Jika ia ditetapkan sebagai
True bermakna Windows anda terdedah kepada kelemahan ETERNALBLUE. Anda perlu ubah tetapan tersebut kepada
False.
Untuk mengubah tetapan EnableSMB1Protocol:
Set-SmbServerConfiguration -EnableSMB1Protocol $false -Force
Kaedah lain untuk memeriksa kelemahan terhadap ETERNALBLUE ini boleh menggunakan tool berikut:
https://help.eset.com/eset_tools/ESETEternalBlueChecker.exe
Rujukan:
http://support.eset.com/kb6481/#eternalblue
https://gallery.technet.microsoft.com/scriptcenter/EternalBlue-Vulnerability-bf3ad11d
Mungkin ada yang masih tertanya-tanya berapa banyak had drive letter pada sistem operasi Windows. Pada umumnya sistem operasi Windows terhad pada 26 huruf sahaja untuk mewujudkan pemacu pada satu-satu masa. Namun secara teknikalnya, ia tiada had jika pemacu tersebut di 'mount' pada folder yang kosong. Atau lebih tepat lagi menggunakan
Volume Mount Point.
Berikut ialah contoh gambar maksimum 26 drive letter pada Windows 10:
Persoalannya, drive letter apakah yang akan muncul selepas huruf Z?
Dalam sedikit ujian ringkas ini, jika dilihat pada konsol
Computer Management, pilihan
drive letter tidak lagi dapat dipilih selepas berakhirnya pilihan huruf
Z. Anda perlu menentukan folder tertentu dengan syarat folder tersebut masih kosong (tiada fail atau folder lain didalamnya). Contoh gambar dibawah:
Jadi selepas tentukan folder kosong untuk dijadikan drive seterusnya ia akan kelihatan seperti gambar dibawah:
Jadi drive baru tersebut hanya boleh diketahui oleh pengguna sahaja. Ia tak akan dipaparkan pada 'This PC' atau 'My Computer'.
Untuk memudahkan akses, boleh menggunakan pilihan 'Pin to Quick access' atau buat 'Shortcut' baru.
P/s: Ada mitos mengatakan drive letter selepas huruf Z ialah AA, AB, AC, dan seterusnya. Ianya tidak benar. Windows hanya membenarkan satu huruf saja untuk setiap drive.
Kesimpulannya, drive letter pada Windows terhad 26 huruf sahaja tetapi tiada had jika menggunakan Volume Mount Point.
Sekian. Terima kasih.